Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sony Menjadualkan Pengenalan Produk Baharu Pada 17 September Kelak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sony Menjadualkan Pengenalan Produk Baharu Pada 17 September Kelak



Sony kini mengesahkan bahawa mereka bakal mengadakan sebuah acara pelancaran untuk pengenalan produk Xperia baharu pada 17 September kelak. Bagaimanapun, syarikat ini dilihat tidak pula mendedahkan nama model yang akan dilancarkan. Sebaliknya, hanya mengacah orang ramai dengan tanda tagar #SonyXperia pada hantaran poster acah pelancaran tersebut.

Namun begitu, ramai pihak membuat spekulasi bahawa Sony berkemungkinan besar memperkenalkan Sony Xperia 5 II. Ia berikutan model ini antara topik yang menjadi bualan hangat diperkatakan ketika ini. Tiada maklumat berkaitan peranti ini yang diketahui buat masa ini. Namun begitu, rekaannya dikatakan telah tertiris dengan binaan yang seakan mirip model tahun lalu iaitu Xperia 5.

Ia juga dipercayai mempunyai skrin dengan nisbah aspek 21:9, penggunaan tiga kamera utama dan sistem pengimbas cap jari di bahagian sisi. Benar atau tidak model ini akan diperkenalkan pada acara tersebut, segalanya akan terjawab kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.