Hi! Welcome Back and Stay Tune! Amazon Melancarkan Luna – Perkhidmatan Penstriman Permainan Video Seakan Stadia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Amazon Melancarkan Luna – Perkhidmatan Penstriman Permainan Video Seakan Stadia


Semua orang mahukan perkhidmatan penstriman permainan video yang tidak memerlukan kelengkapan khas yang mahal. Pagi ini Luna telah diumumkan oleh Amazon dengan integrasi mendalam Twitch yang juga merupakan perkhidmatan milik mereka. Seperti Stadia dan Project xCloud, pelanggan boleh menstrim pelbagai permainan video terus dari awanan ke telefon pintar, komputer, tablet dan Fire TV.

Pada peringkat awal langganan $6 (~RM25) sebulan akan menawarkan beberapa permainan popular seperti  Resident Evil 7, Control, Panzer Dragoon, A Plague Tale: Innocence, The Surge 2, ABZU dan banyak lagi. Permainan boleh distrim pada tetapan 1080p 60FPS dengan sokongan 4K diberikan di masa hadapan.

Menerusi integrasi Twitch, pelanggan boleh menonton strim sesebuah permainan video dan kemudian melancarkan permainan yang sama terus dari Twitch. Ini ialah ciri yang dijanjikan Stadia tetapi masih belum mampu diberikan.

Pengguna telefon pintar boleh menikmati Luna menerusi aplikasi tetapi pada waktu ini ia terhad kepada iPhone dan iPad sahaja. Sokongan Android sedang dibangunkan.

Turut diumumkan ialah alat kawalan permainan Luna yang dijual pada harga $50 (~RM220). Ia bersambung terus kepada pelayar Luna bagi mengurangkan masa pendam. Konfigurasi butang kawalan Xbox. Perkhidmatan ini akan diberikan kepada pengguna di A.S sahaja terlebih dahulu.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.