Hi! Welcome Back and Stay Tune! OnePlus Mengumumkan Warp Charge 65 – Mengecas Peranti 100% 39 Minit Dan Menyokong USB-PD 45W - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

OnePlus Mengumumkan Warp Charge 65 – Mengecas Peranti 100% 39 Minit Dan Menyokong USB-PD 45W


OnePlus 8T dikhabarkan akan menggunakan sistem pengecasan pantas baharu. Ia dikatakan adalah 65W melalui sistem Warp Charge 65. Hari ini akhirnya, OnePlus telah mengumumkan secara rasmi sistem pengecasan pantas mereka yang baru – Warp Charge 65.

Dalam pada itu, OnePlus turut mengesahkan kapasiti bateri OnePlus 8T – iaitu 4,500mAh. Tambahan lagi, Warp Charge 65 ini boleh mengecas peranti mercu baru mereka sehingga 100% dalam masa 39 minit sahaja dan 58% dalam masa 15 minit. Bukan itu sahaja, rekaan bateri pada OnePlus 8T juga adalah jenis dwi-sel – jadi tidak menjadi masalah untuk mengecas kedua-dua bateri serentak dengan kuasa lebih 30W. Ia juga menjamin peranti tidak akan memanas dan kekal sejuk.

Perkara ini dibolehkan kerana pada OnePlus 8T, pengecasnya juga sudah direka semula. Ia kini mempunyai cip penyulitan dan 12 sensor suhu untuk mengawal suhu serta mengelak dari masalah lain. Perkara ini turut dibantu dengan rekaan baru sistem penyejukan pada peranti OnePlus 8T.

OnePlus turut mengumumkan yang pengecas mereka kini menggunakan port sambungan USB-C ke USB-C dan terdapat dua port terbina. Ia juga menyokong sistem pengecasan pantas USB-PD 45W. Ini adalah satu perkara yang menarik kerana satu pengecas boleh mengecas lebih dua peranti dan memudahkan lagi pengguna.

Tidak dinafikan yang sistem pengecasan pantas ini adalah berasaskan teknologi dari Oppo. Tetapi apa yang menjadikan Warp Charge 65 ini menarik adalah ia menggunakan port C-C dan tidak seperti Oppo masih A-C.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.