DEVhub Prime Ingin Membantu Menghubungkan Pengaturcara Dan Pembangun Ke Industri
MARii, hari ini telah mengumumkan kerjasama dengan pihak Developers Hub, sekaligus mengumumkan kehadiran DEVhub Prime.
DevHub Prime ini adalah sebuah portal setempat yang memfokuskan kepada menghubungkan para pengaturcara dan pembangun bersama-sama dengan pembangun industri atau bagi sesiapa yang memerlukan pembangun untuk sesuatu projek.
DevHub Prime memfokuskan kepada menemukan pembangun yang memfokuskan dataraya, kecerdasan buatan, teknologi swapandu, realiti-terimbuh, dan sejumlah teknologi lain – dan menghubungkan mereka dengan sesiapa yang ingin membangunkan projek.
Langkah ini juga akan memudahkan sesuatu syarikat untuk lebih berjimat, dan boleh menggunakan tenaga pakar luar dalam pembangunan projek mereka. Seperti ramai sedia maklum, dengan ke arah ekonomi digital, lebih banyak syarikat yang memerlukan pembangun dan pengaturcara untuk membangunkan sesuatu projek. Platform seperti DevHub Prime ini memudahkan penemuan tenaga pakar yang diperlukan, sekaligus mempercepatkan lagi sesuatu pembangunan dengan pantas.
MARii turut mengatakan pembangunan portal ini hanyalah fasa pertama sahaja. Bergerak kehadapan, mereka turut merancang untuk pembangunan akademi DevHub Prime untuk melatih lebih ramai pengaturcara mengikut keperluan industri semasa.
Hubungi DevHub Prime di devhub@marii.my
Layari : DevHub Prime
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment