Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Dan LG Akan Menghentikan Bekalan Skrin Kepada Huawei - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Dan LG Akan Menghentikan Bekalan Skrin Kepada Huawei


Semalam kami melaporkan Samsung Electronics dan SK Hynix akan menghentikan bekalan cip memori serta storan kepada Huawei bermula minggu hadapan kerana sekatan perdagangan yang dikenakan oleh Amerika Syarikat. Seperti jatuh ditimpa tangga, Huawei kelak akan juga kehilangan pembekal panel skrin peranti mereka pula.

Reuters melaporkan Samsung Display dan LG Display akan berhenti membekalkan panel OLED kepada Huawei minggu hadapan. Cip yang mengawal skrin OLED tertakluk di bawah halangan perdagangan semikonduktor yang menggunakan teknologi dari A.S. Maka selepas ini Huawei hanya boleh menggunakan panel keluaran tempatan seperti BOE.

Tahun ini Huawei P40 Pro dan 40 Pro+ kedua-duanya dilaporkan masih menggunakan panel keluaran Samsung kerana teknologi yang diperlukan tidak mampu dihasilkan oleh BOE. Dengan pelbagai tekanan dari pelbagai arah mula menghujani Huawei, tidak mengejutkan terdapat ramalan Huawei mungkin akan keluar dar perniagaan telefon pintar jika situasi tidak menjadi lebih baik.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.