Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Mempatenkan Rekaan Peranti Skrin Boleh-Lipat Seakan Galaxy Fold2 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Mempatenkan Rekaan Peranti Skrin Boleh-Lipat Seakan Galaxy Fold2


Di Malaysia, hanya Huawei dan Samsung menawarkan peranti dengan skrin boleh lipat. Samsung dengan siri Galaxy Fold dan Z Flip, Huawei pula dengan siri Mate X. Berdasarkan jualan tahun pertama, Samsung boleh diisytiharkan pemenang keran peranti mereka mendapat sambutan yang lebih memberangsangkan.

Mungkin atas sebab ini, Huawei telah mempatenkan rekaan sebuah peranti skrin boleh-lipat yang mirip Galaxy Z Fold2. Peranti mempunyai dwi-skrin, satu di luar dan satu lagi di dalam yang boleh dilipat. Seperti Fold2, skrin luaran adalah besar serta memanjang. Perbezaan hanya pada kewujudan dwi-kamera hadapan yang diletakkan di dalam lubang kamera berbentuk bujur.

Pada bahagian dalam Huawei tidak menyertakan sebuah kamera terbina pada skrin. Sebaliknya kamera utama dengan sistem zum periskop disertakan bersama dengan empat lagi kamera lain. Ini ialah sistem yang sama seperti yang ditemui pada P40 Pro+.

Seperkara lagi yang menarik perhatian ialah apabila di dalam posisi terbuka, tubuh peranti mempunyai rekaan seakan sebuah baji (wedge). Dengan Huawei mempunyai masalah mendapatkan bekalan cip dan skrin, masa depan syarikat apatah lagi peranti dengan rekaan seperti ini adalah amat kabur.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.