Kod Sumber Windows XP Tertiris Secara Atas-Talian
Windows XP merupakan salah satu sistem operasi yang sangat popular di dunia, dan telah diperkenalkan pada 2001 yang lepas. Sebelum ini, kita sedia melihat pelbagai laman yang mengedarkan fail pemasangan sistem operasi berkenaan secara haram melalui laman torrent dan sebagainya. Apa pun, kali ini, buat pertama kalinya kod sumber Windows XP dilihat tertiris secara atas-talian kepada umum.
Untuk makluman, ini bukan kali pertama kod sumber sistem operasi milik Microsoft tertiris ke arena web. Sebelum ini, kod sumber Windows 10 turut pernah tertiris ke arena web.
Walaupun Microsoft telah menamatkan sokongan untuk Windows XP, penirisan kod sumber kadang-kala akan menyertakan beberapa perkara tambahan, dari segi sokongan sekuriti, akses kepada sejumlah ciri tambahan, dan sebagainya.
Pihak Microsoft dipetik mengatakan sedang menyiasat perkara ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment