Hi! Welcome Back and Stay Tune! #Seratus21 – Selamat Tinggal Pengecas Telefon - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

#Seratus21 – Selamat Tinggal Pengecas Telefon


Meneruskan siri #Seratus21 ialah topik yang hangat di kalangan mereka yang membenci produk Apple. Tahun ini kebarangkalian amat tinggi iPhone 12 tidak akan dipasarkan dengan pengecas dengan setiap pembelian. Beberapa petunjuk telahpun muncul bahawa Apple akan hanya menyertakan wayar pengecas sahaja.

Apple Watch Series 6 kesemuanya tidak ditawarkan dengan pengecas dengan setiap pembelian. Hanya kabel pengecas magnetik diberikan. Tindakan ini diambil menurut Apple adalah bagi mengurangkan sisa elektronik memandangkan ramai pengguna sudahpun mempunyai pengecas di rumah.

Ini ialah logik yang boleh diterima pengguna produk Apple kerana kami sendiri mempunyai sekitar 8 pengecas rasmi Apple hasil dari pembelian peranti terdahulu. Namun begitu tidak dapat dinafikan kami juga mempercayai ini ialah taktik Apple untuk mengurangkan harga jualan iPhone tahun ini yang dijangka lebih tinggi kerana sokongan 5G.

Anda berhak mempersoalkan apa yang dilakukan Apple ini kerana ia bukanlah sesuatu yang lazim dan datang dari sebuah syarikat dengan nilai pasara $2 Trilion. Anda juga berhad untuk mengatakan ini taktik untuk mengurangkan kos tetapi mengekalkan keuntungan (tidak pernah lagi iPhone dijual lebih murah berbanding tahun sebelumnya).

Tetapi hakikatnya ia sebenarnya bukan perkara baru. Pelbagai pengeluar peranti boleh-pakai seperti Amazfit dan FitBit tidak menyertakan pengecas. Xiaomi pula telah beberapa tahun tidak lagi menawarkan fon kepala juga atas sebab ingin mengurangkan kos.

Apple memulakan trend dan seperti kelazimannya seperti penggunaan hanya USB, tidak menawarkan sokongan kad mikro SD, membuang pemacu cakera padat/DVD dan mengorbankan bicu audio 3.5mm akan menjadi ikutan idustri. Pada tahun 2021, trend yang akan menjadi ikutan (yang pastinya dibenci orang ramai) ialah tiada lagi kepala pengecas dengan setiap pembelian peranti.

Bagi Apple, Google dan Samsung ia boleh dilakukan sekarang kerana saban tahun tiada perubahan besar pada teknologi pengecasan yang digunakan. Oppo, Xiaomi, Huawei, Realme, OnePlus, Vivo dan IQOO mungkin tidak akan melakukannya serta merta kerana memperkenalkan teknologi pengecasan baru setiap tahun. Tetapi bersedialah pembaca sekalian kerana kelak pengecas akan dijual berasingan dan anda tidak akan mampu menghalangnya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.