TikTok Global Ditubuhkan – Bytedance Mengekalkan Pemilikan Dengan Amazon Dan Walmart Sekadar Pemegang Saham Minoriti
Selepas beberapa minggu ancaman aplikasi diharamkan beroperasi da dibuang dari stor atas talian, TikTok hari ini mengumumkan keputusan yang boleh dikategorikan sebagai antiklimaks. Perhinggaan TikTok di Amerika Syarikat tidak akan dijual tetapi sebaliknya perniagaan baharu TikTok Global akan ditubuhkan
Byedance akan kekal menjadi pemegang saham majoriti dengan Oracle dan Walmart menjadi pemegang minoriti 20%. Oracle dilantik menjadi rakan teknologi yang dipercayai dengan menawarkan perkhidmatan pusat data bagi menyimpan data pengguna. Walmart pula menjadi rakan komersil di Amerika Syarikat.
— TikTok_Comms (@tiktok_comms) September 19, 2020
Ibu pejabat TikTok Global akan dibuka di Amerika Syarikat dan dipercayai akan menawarkan 25,000 pekerjaan baru di negara tersebut. Pengumuman rasmi mengenai pembetukkan TikTok Global dilakukan pagi ini beberapa jam selepas laporan Presiden Trump memberikan restu persetujuan yang bakal ditandatangani antara TikTok, Oracle dan Walmart.
Sebelum ini Presiden Donald Trump bersetuju menangguh arahan membuang aplikasi TikTok dari Google Play dan Apple Store selama seminggu lagi.
Di akhir hari tiada perubahan besar berlaku. Bytedance dapat mengekalkan pegangan majoriti mereka dalam TikTok tanpa perlu menjual kod sumber dan kecerdasan buatan. Oracle mendapat perniagaan menyimpan data pengguna di A.S bagi memastikan privasi dikekalkan dan Walmart dapat menawarkan produk pada platform media sosial paling popular pada waktu ini. Pengguna pula boleh terus menghasilkan kandungan video tular untuk tontonan dunia.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment