Hi! Welcome Back and Stay Tune! TM : Pelanggan Terkesan Dengan Pakej Unifi 500Mbps Boleh Membatalkan Langganan Ketika Dalam Tempoh Percubaan 30 Hari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TM : Pelanggan Terkesan Dengan Pakej Unifi 500Mbps Boleh Membatalkan Langganan Ketika Dalam Tempoh Percubaan 30 Hari


Telekom Malaysia pada penghujung minggu lepas didapati telah melakukan kesilapan pada penawaran pakej Unifi 500Mbps. Melaluinya, pada awalnya TM melabelkan ia menawarkan kadar muat-naik 200Mbps, tetapi diubah kepada 100Mbps – dan TM mengatakan tiada sebarang konfigurasi kelajuan yang diubah, sebaliknya hanya kesilapan pada risalah, portal dan halaman FAQ.

Lanjutan daripadanya, hari ini pihak SKMM telah mengatakan akan melakukan siasatan terhadap syarikat telekomunikasi berkenaan.

Bercakap mengenainya, TM mengatakan mereka menyesali kesilapan yang berlaku, dan telah mengeluarkan penjelasan pada lewat hari Jumaat

Apa pun, pihak TM dilihat hanya mengeluarkan kenyataan rasmi selepas laporan media sahaja, dan bukannya bersikap telus sebelum itu lagi.

Mengulas lanjut lagi, TM turut mengatakan semua pelanggan masih dalam 30 hari percubaan, dan mereka boleh memilih untuk tidak meneruskan langganan tanpa dikenakan sebarang penalti.

TM mengatakan akan memaklumkan semua pelanggan pakej 500Mbps yang terkesan bermula Isnin ini berkaitan kesilapan tersebut. Berikut merupakan komen penuh pihak TM berkaitan kenyataan SKMM:

Sebagai maklum balas kepada kenyataan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dikeluarkan pagi ini bertajuk “MCMC Siasat Aduan Pengurangan Kelajuan Pakej unifi Berbanding Tawaran Awal”, Telekom Malaysia Berhad (TM) ingin meyakinkan semua pelanggan dan pihak berkepentingan berkenaan komitmen kami terhadap hak dan perlindungan pengguna. Kami menyesali kesilapan yang berlaku dan telah mengeluarkan penjelasan berkenaan perkara tersebut pada lewat hari Jumaat. Kami akan terus bersikap telus dalam memaklumkan kepada para pelanggan tentang perkara ini, dan kami sedang memperkemas proses-proses kami supaya perkara sebegini tidak berulang.

Pada masa yang sama, kami akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak SKMM dalam proses siasatan mereka.

Kami ingin menjelaskan bahawa tiada sebarang perubahan dibuat pada konfigurasi kelajuan muat naik bagi pakej unifi 500Mbps tersebut.

Pembetulan telahpun dibuat bagi kesilapan kelajuan muat naik untuk pakej 500Mbps yang telah tertera di Soalan-soalan Lazim (FAQ), portal unifi dan risalah pada 2 September 2020. Konfigurasi kelajuan muat naik yang betul bagi pakej 500Mbps adalah 100Mbps dan bukannya 200Mbps seperti mana yang tertera dalam versi FAQ, portal unifi dan risalah sebelum ini.

Kami ingin memaklumkan bahawa semua pelanggan masih dalam tempoh 30 hari percubaan atau “Try Me” memandangkan pakej berkenaan baru sahaja diperkenalkan kurang sebulan lalu iaitu pada 24 Ogos 2020. Oleh itu, para pelanggan boleh memilih untuk tidak meneruskan langganan tanpa dikenakan sebarang penalti.

Kami akan menghubungi para pelanggan yang telah melanggan pakej 500Mbps ini sejak 24 Ogos bagi memaklumkan kepada mereka berkenaan kesilapan tersebut dan pilihan yang mereka ada, bermula Isnin, 21 September 2020.

Kami ingin memohon maaf atas sebarang kesulitan dan memberi jaminan kepada pelanggan bahawa kesemua saluran kami, termasuk laman web dan bahan-bahan promosi pemasaran telah dikemas kini dengan maklumat yang betul.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi wakil khidmat pelanggan kami di pusat panggilan 100, TMpoint di seluruh negara atau ejen-ejen maya melalui aplikasi myunifi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.