WhatsApp Menguji Ciri Gambar Dan Video Yang Padam Sendiri Selepas Dibuka
WhatsApp terkini dilaporkan sedang menguji sebuah lagi ciri baru dinamakan sebagai “Expiring Media”. Melaluinya, pengguna boleh berkongsi gambar, video atau GIF, dan menetapkan ia supaya terpadam selepas dilihat.
Buat masa ini, ia masih pada peringkat pembangunan awal. Tidak diketahui lagi sama ada pengguna boleh menetapkan tempoh masa, atau ia dipadam secara automatik seperti pada beberapa perkhidmatan lain.
Ia juga turut tidak diketahui sama ada WhatsApp akan menambah sokongan untuk memberikan notifikasi sekiranya rakaman skrin diambil ketika gambar atau video berkenaan dibuka.
Ciri ini masih pada peringkat pembangunan awal, dan penawaran penuh untuknya masih tidak diketahui lagi. Tetapi, boleh dikatakan ciri ini mungkin menjadi popular apabila diperkenalkan kelak – terutamanya pada ciri sembang berkumpulan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment