Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5 Sebab OPPO Watch Menjadi Jam Wear OS Daripada Google Yang Terbaik Pernah Kami Gunakan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5 Sebab OPPO Watch Menjadi Jam Wear OS Daripada Google Yang Terbaik Pernah Kami Gunakan


Pelbagai jenama pengeluar peranti pintar telah hadir dengan ekosistem mereka yang tersendiri. Dengan kehadiran ekosistem antara peranti pintar ini, ia memudahkan lagi para pengguna untuk mendapatkan pengalaman penggunaan yang lebih maksimum. OPPO juga antara salah satu syarikat pengeluar peranti pintar yang menawarkan ekosistem untuk jenama mereka. Malah, baru-baru ini OPPO telah melancarkan jam pintar pertama mereka, iaitu siri OPPO Watch. Dengan pelancaran ini, ia sekaligus telah melengkapkan ekosistem OPPO.

1. Menerima Janaan Wear OS Daripada Google

Setiap peranti pintar mempunyai sistem operasinya yang tersendiri bagi membolehkannya untuk beroperasi dengan baik. Bagi siri OPPO Watch, ia dijana dengan Wear OS daripada Google yang mana ia sedikit sebanyak memberikan keselesaan kepada pengguna OPPO kerana sistem jam tangan ini juga dibina berdasarkan sistem operasi ColorOS daripada OPPO. Melalui janaan ini, ia menyokong pengguna untuk mengakses aplikasi-aplikasi yang boleh dimuat turun daripada Play Store untuk Wear OS daripada Google. Antara fungsi yang boleh digunakan pada OPPO Watch ini adalah aplikasi permesejan, penstriman muzik, Google Translate, Google Reminder, Google Calendar, Notes dan anda juga boleh mengawal Powerpoint terus daripada jam ini. Malah, anda juga boleh membuat pembayaran melalui fungsi NFC dan menyokong untuk mengakses Google Assistant. Jika kita lihat semula, semua fungsi ini disokong oleh telefon pintar. Maka ia ternyata sama dengan apa yang saya katakan tadi, seperti menggunakan telefon pintar tetapi dalam versi yang lebih kecil.

2. Jam Tangan Pintar Pertama Di Dunia Yang Menyertakan Paparan Dwi-Lengkung 3D

Daripada pandangan pertama, kita dapat lihat OPPO Watch ini kelihatan seperti jam tangan pintar yang biasa. Namun setelah meneliti dengan lebih mendalam, boleh saya katakan ia adalah seperti sepasang jam tangan pintar yang dilengkapi dengan spesifikasi seperti telefon pintar. Ini adalah disebabkan, rekaan yang disertakan pada OPPO Watch ini adalah paparan dwi-lengkung 3D yang selalunya diletakkan pada telefon pintar. Malah, skrinnya juga mirip seperti sebuah telefon pintar yang dilengkapi dengan skrin AMOLED bersama paparan seluas 1.91 inci dengan fungsi Always On Display. Beratnya pula boleh dikatakan agak ringan kerana ia selesa dipakai dan apabila diangkat, tidak terasa seperti memakai jam tangan. Tambahan pula, OPPO Watch ini juga merupakan jam tangan pintar pertama Android yang mempunyai rekaan muka berbentuk segi empat. Dengan rekaan ini, paparannya menjadi lebih luas sekaligus memberi anda peluang untuk merasai pengalaman menggunakan WearOS yang lebih baik.

3. Rupa Jam Yang Boleh Diubah Suai

Ada sesetengah individu gemar mengumpul pelbagai jenis jam. Ini adalah kerana mereka lebih suka memakai jam yang sesuai untuk dipadankan dengan pemakaian mereka pada hari itu. Jika anda adalah daripada golongan ini, anda perlu membeli siri OPPO Watch kerana ia membenarkan anda untuk menukar rupa jam anda bukan sahaja hanya tali jam malah juga antaramuka jam. Untuk mengubah antaramuka jam, anda hanya perlu menggunakan aplikasi HeyTap Health. Terdapat pelbagai jenis antaramuka yang telah tersedia untuk dipakai dalam aplikasi ini. Malah, antaramuka OPPO Watch ini boleh diubah melalui fungsi Style Matching AI Watch Face yang akan membantu menjana antaramuka jam anda untuk dipadankan dengan pakaian. Tali jamnya juga boleh ditukar kepada warna yang lain. Anda hanya perlu tekan pada satu butang pada belakang jam sahaja untuk menukar ganti kepada warna kesukaan anda. Ini sekaligus menjimatkan anda untuk tidak perlu membeli pelbagai warna jam kerana dengan hanya satu OPPO Watch anda boleh mengubahnya kepada pelbagai rupa.

4. Ketahanan Bateri Yang Lama Dengan Bantuan Dual Chip Endurance System

Siri OPPO Watch ini dilengkapi dengan dua cip pemprosesan, iaitu cip Qualcomm Snapdragon untuk mod pintar dan cip Apollo3 untuk mod penjimatan kuasa. Melalui Dual Chip Endurance System, OPPO Watch akan menukarkan pengoptimasian untuk penggunaan antara dua cip ini dengan lebih mudah. Ini sekaligus membantu pengguna OPPO Watch untuk mendapatkan pengalaman menggunakan Wear OS secara optimum dengan jangka hayat bateri sehingga 36 jam penggunaan untuk sekali pengecasan penuh sekiranya fungsi Dual Chip Endurance mengoptimasikan cip Snapdragon untuk mod pintar.

Manakala sekiranya fungsi ini mengoptimasikan cip Apollo3 untuk menjimatkan penggunaan bateri, pengguna masih boleh mengggunakan fungsi asas jam tangan pintar ini seperti masa, pengiraan langkah, mengesan kadar denyutan jantung dan menerima notifikasi. Sekiranya fungsi ini dioptimasikan, siri OPPO Watch mampu untuk bertahan selama 21 hari untuk sekali pengecasan sahaja. Untuk membuat pengecasan pula, anda boleh mengecasnya menggunakan OPPO Watch VOOC Flash Charging yang hanya mengambil masa selama 15 minit untuk penggunaan sepanjang hari dan 75 minit untuk pengecasan penuh.

5. Mudah Digunakan Untuk Merekod Kecergasan Anda

Kebiasaannya, pengguna jam tangan pintar ini membelinya atas sebab teknologinya yang tersendiri dan juga fungsi yang membantu pengguna untuk merekod kecergasan mereka. Bagi siri OPPO Watch ini sendiri, ia menawarkan lima jenis sensor bersama sokongan GPS dan sistem navigasi GLONASS. Sokongan ini akan membantu anda untuk mengesan laluan jogging anda dengan tepat, mengesan kadar denyutan jantung, kalori yang dibakar dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, sekiranya anda membeli OPPO Watch yang bersaiz 46mm, anda dapat menggunakan lebih banyak fungsi untuk aktiviti kecergasan, seperti aktiviti di darat dan di dalam air. Hal ini kerana, model ini hadir dengan ketahanan air 5ATM.

Terdapat lebih daripada 90 jenis senaman yang anda boleh gunakan melalui sokongan Google Fit dan OPPO pula telah menawarkan lagi 5 mod tambahan iaitu Fitness Run, Fat Burn Run, Outdoor Walk, Outdoor Cycling, dan juga Swimming. Mod tambahan daripada OPPO ini juga menawarkan fungsi bimbingan selain daripada merekod data kecergasan anda. Tetapi sekiranya anda seorang yang selalu sibuk, anda tidak perlu risau kerana OPPO Watch ini juga dibina dengan aplikasi senaman 5 minit. Melalui aplikasi ini, anda boleh melakukan senaman ringkas yang akan dibimbing oleh tayangan video dan suara dalam masa yang singkat.

Kesimpulan

Jika kita lihat semula penawaran yang diberikan pada siri OPPO Watch ini, ia boleh dikatakan agak berbaloi untuk dimiliki. Malah, sepanjang kami menggunakan siri OPPO Watch ini untuk membuat ulasan, prestasinya agak memuaskan dan boleh dikatakan antara jam tangan pintar yang menggunakan Wear OS terbaik yang pernah kami gunakan. Pelbagai fungsi disertakan pada jam tangan pintar ini. Fungsi untuk merekod kesihatan dan aktiviti kecergasan adalah perkara biasa yang disertakan pada kebanyakkan jam tangan pintar. Namun kebolehannya yang mampu untuk berfungsi sebagai telefon pintar jarang sekali untuk kita temui. Tambahan pula ia adalah jam tangan pintar untuk Android. Sudah tentu ia lebih berbaloi untuk dimiliki.

Siri OPPO Watch ini sudahpun memasuki pasaran Malaysia dengan dua model iaitu yang bersaiz 41mm dan 46mm. Harganya pula adalah bermula daripada RM899 sehingga RM1299 bergantung kepada saiz yang anda pilih. Jadi sekiranya anda berminat untuk memilikinya, anda boleh membelinya melalui pengedar-pengedar rasmi OPPO di seluruh Malaysia.

Beli: OPPO Watch Melalui Laman Rasmi OPPO

Penafian: Advertorial daripada OPPO Malaysia



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.