Dengan GT220, Grado Akhirnya Menyertai Arena Fon Telinga TWS
Sekiranya anda seorang peminat audio, nama Grado Labs tidak perlu diperkenalkan lagi kerana rekaan fon kepala mereka adalah cukup ikonik. Sejak 1953 lagi aksesori audio mereka menjadi idaman peminat audio berkualiti tinggi. Hari ini mereka akhirnya menyertai arena fon telinga TWS menerusi pelancaran Grado GT220.
GT220 ini mempunyai rekaan dalam telinga dengan pad sesentuh untuk kawalan audio pada bahagian sisi. Ini boleh diprogramkan untuk melakukan pelbagai kawalan dan juga menyeru pembantu maya.
Dengan sekali caj, setiap putik audio boleh beroperasi sehingga 6 jam dan sehingga 36 jam dengan pod pengecas yang disertakan. Pengecasan nirwayar disokong dan pengecasan berwayar pula adalah menerusi port USB-C.
Grado menjanjikan pengalaman audio yang terbaik dengan sokongan codec aptX, SBC dan AAC tetapi GT220 tidak dilengkapi sistem pembatalan hingar aktif (ANC). Ini tidak mengejutkan sebenarnya Grado menghasilkan fon kepala belakang terbuka yang membenarkan audio masuk untuk audio yang lebih semula jadi. Di Amerika Syarikat, Gradi GT220 dijual pada harga $259 (~RM1077) sepasang.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment