Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple iPhone 12 Boleh Mengecas Nirwayar Dua Kali Lebih Pantas Dengan Hanya Menggunakan Pengecas MagSafe - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple iPhone 12 Boleh Mengecas Nirwayar Dua Kali Lebih Pantas Dengan Hanya Menggunakan Pengecas MagSafe


Apple telah pun memperkenalkan iPhone 12 pada awal pagi ini, dan bersama-sama dengannya, Apple turut telah mengumumkan penawaran sejumlah aksesori nirwayar dibawah jenama MagSafe.

Menariknya adalah dimana penggunaan MagSafe bukan sahaja sekadar penjenamaan untuk pemahaman mudah bagi pengguna, tetapi juga turut menawarkan beberapa ciri tambahan.

Salah satunya adalah untuk pengecasan nirwayar. Apple sedia menawarkan sokongan pengecasan nirwayar – pada kadar kelajuan 7.5W. Pelbagai iPhone sedia menyokong pengecasan nirwayar pada kelajuan berkenaan.

Apa pun, sekiranya anda ingin menikmati kelajuan pengecasan pada kadar 15W, anda boleh menikmatinya melalui siri iPhone 12 – tetapi perlu menggunakan pengecas dengan pengesahan MagSafe.

Kabel pengecas nirwayar MagSafe ditawarkan oleh Apple pada harga RM179, dan beberapa jenama lain turut dijangka menawarkan pengecas mereka tersediri dengan pengesahan MagSafe.

Ia tidak diketahui lagi apakah perbezaan dari segi teknikal yang dibawakan yang membolehkan pengecas MagSafe menikmati pengecasan lebih pantas berbanding pengecas biasa.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.