Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Freebuds Studio Juga Dilancarkan Seiring Dengan Pengenalan Siri Mate40 Kelak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Freebuds Studio Juga Dilancarkan Seiring Dengan Pengenalan Siri Mate40 Kelak


Apple telah menarik perhatian dunia dengan pelancaran barisan iPhone terkini mereka iaitu siri iPhone 12, awal pagi tadi. Tidak lama lagi, giliran Huawei pula bakal melancarkan siri perdana mereka iaitu Huawei Mate40 yang mana acara pelancaran dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan, 22 Oktober 2020.

Huawei Mate 40

Kebiasaanya, Huawei tidak akan sekadar memperkenalkan telefon pintar semata-mata. Sebaliknya, mereka juga bakal hadir dengan sejumlah produk lain termasuklah aksesori audio. Dalam perkembangan terkini, salah satu daripada produk yang bakal dilancarkan adalah Huawei Freebuds Studio. Poster penggoda mengenainya juga telah dikongsi oleh pihak Huawei sendiri di laman Weibo, tetapi sayangnya spesifikasi mengenai aksesori ini masih menjadi teka-teki buat masa ini.

Namun begitu, sebelum ini terdapat satu imej yang didakwa memaparkan aksesori audio ini telah tersebar meluas di arena web. Imej tersebut memperlihatkan aksesori ini hadir dengan rekaan bewarna hitam bersama kemasan jenis kulit. Ia juga dipercayai menampilkan cip Kirin A1, selian hadir dengan sokongan Bluetooh 5.1 dan pembatalan bunyi hingar aktif (ANC).

Dalam perkembangan berbeza, Huawei juga dijangka hadir dengan model terkini untuk siri Mate 30 yang dikenali sebagai Mate 30 Pro E pada acara yang sama. Desas-desus mengatakan peranti ini berkemungkinan hadir dengan spesifikasi yang sama seperti Mate 30 Pro. Benar atau tidak segalanya bakal terjawab pada pelancaran rasmi kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.