Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Ingin Memudahkan Anda Melakukan Carian Daripada Pelbagai Aplikasi Permesejan Berbeza Dengan Mudah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Ingin Memudahkan Anda Melakukan Carian Daripada Pelbagai Aplikasi Permesejan Berbeza Dengan Mudah


Pada hari ini, terdapat pelbagai aplikasi permesejan seperti WhatsApp, Telegram, Facebook Messenger, SMS, WeChat dan sebagainya yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia. Menggunakan aplikasi permesejan berbeza juga sering dilakukan untuk berhubung dengan seseorang – dan ada kalanya pengguna menghadapi kesukaran untuk mencari sesuatu mesej kerana terpaksa menyemaknya melalui pelbagai aplikasi.

Untuk mengatasi masalah ini, Google sedang melihat untuk hadir dengan penyelesaian yang memudahkan pengguna melakukan carian daripada pelbagai aplikasi permesejan, dan menyemak serta melihatnya dalam antaramuka mudah.

Google dijangka menggunakan kelebihan kecerdasan buatan dan pembantu maya dalam melaksanakan perkara ini. Pengguna boleh memberikan arahan, dan ia akan memaparkan mesej berkaitan dalam bentuk paling relevan.

Seperti ramai sedia maklum, Google sedia terkenal dan mempunyai teknologi serta kepakaran dalam melakukan carian dan memaparkan hasil yang paling relevan kepada pengguna. Mungkin kita akan dapat melihat ciri ini diperkenalkan Google tidak lama lagi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.