Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pengerusi Samsung Yang Membawa Kepada Kegemilangan Pengeluar Telefon Dan TV, Meninggal Pada Usia 78 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pengerusi Samsung Yang Membawa Kepada Kegemilangan Pengeluar Telefon Dan TV, Meninggal Pada Usia 78


Lee Kun-hee yang menerajui Samsung Electronics sejak dari tahun 1998, dan menjadi pengerusi Samsung sejak 2010, kini telah meninggal dunia pada usia berumur 78 tahun.

Dibawah beliau, Samsung telah menjadi gergasi pada peringkat global dalam arena telefon pintar, televisyen dan juga cip perkomputeran. Samsung juga kini menyumbang hampir satu per lima daripada KDNK di korea Selatan.

Beliau sebelum ini mewarisi kumpulan Samsung pada 1987, yang mana ditubuhkan oleh bapa beliau sebagai pengeksport ikan dan juga buah-buahan. ketika itu sendiri, Samsung sedia menjadi sebuah syarikat konglomerat besar di Korea Selatan, dan meliputi sejumlah syarikat dan operasi perniagaan berbeza – termasuk pembinaan dan elektronik. Tetapi, Lee lebih memfokuskan kepada bahagian elektronik, dan membawa ia ke tahap global hari ini.

Sebelum ini, Lee Kun-hee menghadapi serangan jantung pada 2014 yang lepas, dan anak beliau Lee Jae-yong menerajui syarikat sejak daripada itu. Sebab beliau meninggal dunia tidak dinyatakan Samsung buat masa ini.

Lee sebelum ini pernah dijatuhkan hukuman penjara selama lima tahun pada 2017 disebabkan kesalahan memberi rasuah, dan beberapa kesalahan yang berkait dengan presiden sebelum itu.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.