Hi! Welcome Back and Stay Tune! Huawei Hadir Dengan Aplikasi Peta Tersendiri Petal Maps Dan Petal Search Kini Pesaing Kepada Google Lens - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Huawei Hadir Dengan Aplikasi Peta Tersendiri Petal Maps Dan Petal Search Kini Pesaing Kepada Google Lens


Siri Huawei Mate 40 telah pun dilancarkan malam tadi. Ia membawakan kemampuan kamera yang lebih hebat, kembalinya speaker stereo serta dijana dengan cip yang paling berkuasa dari Huawei. Ia masih lagi menggunakan HMS sebagai teras untuk gedung aplikasi dan ekosistem.

Untuk bersaing dengan Google Mobile Services, Huawei turut melancarkan Petal Maps iaitu aplikasi peta mereka tersendiri. Ia hadir dengan fungsi arahan selok-belok, paparan 2D atau 3D, sokongan paparan informasi trafik masa nyata, atau juga mencari laluan pintas. Menariknya, walaupun aplikasi ini baru lagi – ia sudah mempunyai data untuk 140 negara dan hadir dengan sokongan notifikasi suara dari bahasa Inggeris, Perancis, Mandarin, Jerman, Itali dan Mandarin.

Bagi aplikasi Petal Search, Huawei telah mengemaskini aplikasi ini bagi menyerupai aplikasi Google. Ia kini mempunyai sokongan carian menggunakan kamera seakan Google Lens. Ini bermakna carian akan menjadi lebih mudah, kerana boleh menggunakan imej tidak kira dari kamera atau tangkapan layar untuk mencari informasi baharu.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.