Hi! Welcome Back and Stay Tune! Spesifikasi OnePlus Nord N10 5G & Nord N100 Dikatakan Tertiris - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Spesifikasi OnePlus Nord N10 5G & Nord N100 Dikatakan Tertiris


OnePlus Nord N10 5G merupakan antara model terkini yang menjadi bualan ramai pihak ketika ini. Rekaannya sebelum ini didakwa telah diperlihatkan secara kasar menerusi sebuah imej tersebar – dikatakan mungkin menggunakan rekaan yang mirip dengan OnePlus 8T sebelum ini.

Terkini, spesifikasinya pula dikatakan telah mula dikongsi. Menurut sumber, peranti ini dipercayai hadir dengan paparan bersaiz 6.49-inci FHD+ dengan skrin 90Hz. Ia juga dikhabarkan bakal menggunakan cip Snapdragon 690, pilihan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB, selain bateri sebesar 4,300mAh.

Konfigurasi kameranya pula mungkin terdiri dengan kuad kamera utama iaitu 64-Megapixel (utama) + 8-Megapixel (Ultra-Lebar) + 2-Megapixel + 2-Megapixel. Seterusnya, spesifikasi lain termasuklah sokongan rangkaian 5G terbina, port sambungan USB-C dan bicu audio 3.5mm.

Imej Sekadar Hiasan

Dalam perkembangan yang sama, sebuah lagi model dikenali sebagai OnePlus Nord N100 turut tertiris. Model ini dikatakan mungkin menggunakan skrin bersaiz 6.52-inci HD+ LCD, cip Snapdragon 460, pilihan memori 4GB RAM + 64GB ROM, sistem tri-kamera dengan lensa utama 13-Megapixel dan bateri 5,000mAh.

Seperti biasa, maklumat tertiris yang dikongsi masih di peringkat ura-ura. Tarikh pelancaran untuk peranti ini juga masih belum diketahui buat masa ini. Sekadar selingan, OnePlus 8T kini telah ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya pada harga bermula RM2,699 untuk seunit.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.