Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan Belum Bercadang Isytihar PKP Semula Seluruh Negara – Ismail Sabri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan Belum Bercadang Isytihar PKP Semula Seluruh Negara – Ismail Sabri


PUTRAJAYA, 3 Okt – Kerajaan belum bercadang untuk mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara seperti yang dibayangkan oleh ramai pihak.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan jumlah kes jangkitan yang dilaporkan hanya bertumpu kepada kawasan tertentu dan bukan secara rawak.

“Kita tidak mengisytiharkan PKP kerana kalau kita lihat semalam, walaupun 287 kes, hari ini mungkin bertambah lagi agaknya. (Contohnya) 113 kes di Sabah melibatkan 35 dari Kluster Benteng yang berada dalam penjara, 129 kes di Kedah, 128 berada dalam penjara.

“Kalau kita tengok seluruh negara, di negeri-negeri ini, hanya Selangor saja yang 31 kes, belum sampai lagi tahap Zon Merah iaitu 40 kes. Negeri-negeri lain satu hingga tiga kes saja (misalnya) Perlis 0 kes, Johor KL Pahang Labuan satu kes, Kelantan Negeri Sembilan dua kes dan Perak Terengganu tiga kes.

“Jadi kalau kita tengok satu ke dua kes setiap negeri, jadi (ia) tidak merupakan satu perkara yang membimbangkan,” katanya dalam Sidang Media Perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) hari ini.

Tambahnya lagi, tidak ada kemungkinan untuk dilaksanakan perintah PKP di seluruh negara kerana COVID-19 masih lagi berada di sekeliling rakyat.

“Esok lusa mungkin ada orang lain akan kena COVID-19 ini.

“Jadi kalau satu dua kes kita akan lock satu negara, sampai bila pun negara negeri kita tidak boleh dibuka kerana PKP akan terus dikenakan di seluruh negara kerana satu dua kes ini,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, jelas Ismail, arahan PKPP sebaliknya hanya akan dilaksanakan kepada zon kawasan yang disasarkan sahaja.

Sumber: Bernama



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.