Hi! Welcome Back and Stay Tune! Racun Ulat Buatan Sendiri, Guna 3 Bahan Dapur Saja, Berkesan dan Jimat! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Racun Ulat Buatan Sendiri, Guna 3 Bahan Dapur Saja, Berkesan dan Jimat!


Masalah serangan serangga perosak adalah masalah utama bagi semua pengusaha tanaman. Jika pengurusan dan kaedah pengawalan tanaman tidak diselenggara dengan betul, hasil tanaman tidak akan mencapai tahap piawaian optimum. 

Ramai pengusaha tanaman yang mengeluh apabila diserang dengan pelbagai jenis perosak. Mereka akan berhabis modal untuk membeli racun serangga bahan kimia yang terbaik bagi mengatasi masalah ini.

Sebenarnya ada cara untuk hasilkan racun buatan sendiri bagi mengelakkan ulat-ulat ini dari terus berleluasa di pokok kesayangan kita. Bagaimana?

Jom ikut langkah yang dikongsikan oleh blog kasehku-hidupku ini. Memang menjadi! Hasilkan semua ulat lari dan tak lagi mengganggu tanaman kita. Jom cuba.

CARA BUAT HOMEMADE RACUN ULAT TANAMAN

Makcik ni ada la tanam pokok-pokok dalam pasu seperti pokok limau kasturi, limau purut, pandan, daun kesum, halia, kunyit, kencur, serai dan lain-lain. Tapi musuh utama dalam industri adalah ulat.

Bila melawat pokok je, daun-daun semua dah botak. Bawah pokok berterabur benda bulat-bulat macam biji sawi yang merupakan najis En Ulat. So bagi mengelak dari pencabulan ke atas pokok kesayanganku itu, bolehlah dibunuh dengan racun buatan sendiri.

Bahan-bahan buat Racun Ulat Tanaman:

  1. Bawang Putih
  2. Cili
  3. Sabun Basuh Pinggan

Cara:

1. Tumbukkan cili padi dan bawang putih bersama-sama.

2. Tumbuk dengan kulit dan tangkai pun boleh. Sukatan pun ikut suka hati, sesedap rasa.

3. Dah lumat, masukkan dalam bekas.

4. Lepas tu, campurkan sedikit air. Biarkan sejam dua untuk meresapkan kepanasan cili tadi ke air.

5. Tapis dan masukkan dalam bekas yang kita nak gunakan untuk spray.

6. Masukkan 1 sudu besar sabun basuh pinggan dan goncang.

Boleh la runa racun ulat ni dengan spraykan ke pokok-pokok kita. Gerenti En Ulat akan menggeletek kepanasan. Berkesan dan paling penting jimat!

Lebihan bahan tumbuk sambal belacan bolehlah dibancuh sedikit dengan sabun basuh pinggan kita. Dah jadi seperti petua yang diajarkan oleh saudari kita ni. Paling penting sekali JIMAT! Jadi jom kita cuba.

Sumber: kasehku-hidupku(https://ift.tt/3n9erSl) via Petua Ibu (https://petuaibu.com)



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.