Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bentley Akan Mengeluarkan Kereta Elektrik Sahaja Menjelang 2030 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bentley Akan Mengeluarkan Kereta Elektrik Sahaja Menjelang 2030


Dunia lebih bersih dengan penggunaan kenderaan elektrik. Pada waktu ini Tesla ialah nama yang paling disegani dalam industri kereta elektrik tetapi mereka mula dicabar jenama lama seperti BMW, Ford dan Nissan. Sebuah lagi jenama klasik yang akan turut menghasilkan kenderaan elektrik ialah Bentley.

Sealam syarikat yang sudah berusia 101 tahun ini mengumumkan akan hanya menghasilkan kenderaan elektrik sahaja menjelang 2030. Pelan yang diberi nama Beyond 100 ini akan dimulakan dengan pengenalan dua kenderaan hibrid pada tahun 2021. Kemudian pada tahun 2026 hanya kenderaan hibrid dan elektrik sepenuhnya akan ditawarkan sebelum berpindah kepada elektrik sepenuhnya pada tahun 2030.

Bentley ialah jenama yang sangat sinonim dengan enjin berprestasi tinggi dengan reputasi yang tinggi dalam perlumbaan Le Mans. Perubahan ini selari dengan yang dilakukan oleh jenama mewah lain seperti BMW dan Ferrari yang turut menghasilkan kenderaan hibrid sejak beberapa tahun kebelakangan ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.