Jenama Intel NUC Dikembangkan Kepada Komputer Riba
Siri peranti Next Unit of Computing, ataupun NUC keluaran Intel ialah sebuah cara untuk Intel memperlihatkan kemampuan cip pemprosesan mereka didalam reka-bentuk komputer yang kecil dan ringan.
Secara tradisinya, ia adalah sebuah komputer kecil yang boleh dimuatkan diatas meja ataupun di belakang paparan skrin, membolehkan pengguna memanfaatkan ruang diatas meja dengan lebih efektif.
Terkini, dengan pelancaran CPU generasi ke-11 Tiger Lake mereka, Intel telah mula melanjutkan jenama NUC tersebut kepada siri komputer riba pula. Ya, bagai mengambil ilham daripada siri Surface Microsoft, Intel turut memasuki pasaran ini dengan peranti mereka sendiri.
Dari segi spesifikasi dalaman, komputer riba ini, yang dinamakan Intel NUC M15 hadir dengan pilihan CPU Intel Core i5-1135G7 ataupun Intel Core i7-1165G7, pilihan memori DDR4 8GB ataupun 16GB dan mempunyai paparan skrin 15.6 inci dengan resolusi Full HD dengan pilihan untuk ciri sesentuh.
NUC M15 ini turut dilengkapi dengan dua palam Thunderbolt 4, dua palam USB 3.2 Type-A, satu palam HDMI dan satu palam audio 3.5mm. Dari segi jangkahayat bateri, Intel mengatakan bahawa satu pengecasan penuh mampu menggerakkannya selama 16 jam.
Sama seperti komputer NUC sebelum ini, Intel mengatakan komputer riba ini boleh dibeli sedia-ada oleh pembangun-pembangun komputer riba kecil yang ingin memasuki pasaran komputer riba nipis dan ringan yang premium untuk berlawan dengan jenama-jenama yang lebih besar.
Dari segi tanda harga dan pelancaran, komputer riba ini boleh didapati pada harga $1000 hingga $1500 bergantung kepada konfigurasi yang dipilih.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment