Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerangka Samsung Galaxy A12 Tertiris – Rekaan Seakan Galaxy A42 5G - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerangka Samsung Galaxy A12 Tertiris – Rekaan Seakan Galaxy A42 5G


Samsung kini semakin aktif dalam memperluaskan dan mempelbagaikan pilihan peranti pintar mereka untuk pengguna. Baru-baru ini, mereka dikatakan dalam perancangan untuk memperkenalkan peranti terkini di bawah siri Galaxy A – menerusi Samsung Galaxy A12. Maklumat mengenainya juga telah tertiris, selain turut dikatakan telah muncul di halaman rasmi Samsung Rusia.

Tapi sayang, rekaan peranti kekal menjadi tanda tanya. Sehinggalah kini, terdapat beberapa imej tersebar yang didakwa memperlihatkan kerangka untuk peranti ini. Sekaligus sedikit sebanyak memberi kita gambaran kasar mengenai rekaannya. Jika diteliti, panel belakangnya dilihat mirip dengan Samsung Galaxy A42 5G – ia hadir dengan modul kamera berbentuk segi empat dalam susunan 2X2. Ia juga dikatakan akan mempunyai sokongan tri-kamera utama dan LED Flash pula ditempatkan pada bahagian bawah kamera. Turut kelihatan, pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian sisi.

Rekaan untuk panel hadapan pula masih belum diketahui buat sama ini. Tetapi, peranti ini dikatakan mungkin hadir dengan paparan jenis LCD sama seperti pendahulunya, Samsung Galaxy A11. Seperti biasam, maklumat dikongsi masih diperingkat ura-ura dan Samsung juga belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung dakwaan ini.

Sekadar selingan, bagi yang berminat untuk mendapatkan Samsung Galaxy A42 5G dan Samsung Galaxy A11. Kedua-dua peranti pintar ini telah dijual di Malaysia dengan harga RM1,599 untuk Samsung Galaxy A42 5G, sementara RM599 pula untuk Samsung Galaxy A11.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.