Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemaskini Emoji Android Kelak Tidak Lagi Bergantung Kepada Kemaskini Sistem Operasi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemaskini Emoji Android Kelak Tidak Lagi Bergantung Kepada Kemaskini Sistem Operasi


Emoji, bermula sebagai beberapa aksara pendek yang dicipta di Jepun kini menjadi pilihan pengguna media sosial untuk melengkapi muatan status terkini. Ketika artikel ini ditulis, terdapat 3292 emoji yang boleh digunakan pada peranti pintar dan komputer. Tetapi ia amat bergantung kepada versi sistem operasi yang digunakan.

Ini bermakna bagi pengguna Android, mereka perlu menerima kemas kini sistem operasi dari pengeluar sebelum dapat menikmati emoji terkini. Menurut laporan XDA Developers, terdapat petanda awal kelak Android akan memberikan kemas kini emoji secara berasingan. Perubahan pada kod Android AOSP ini baru sahaja ditemui dan di peringkat awal. Besar kemungkinan perubahan sistem hanya akan dilakukan menerusi Android 12.

Bagi mereka yang inginkan emoji yang terkini tanpa perlu menunggu lama, terdapat tiga sahaja langkah yang boleh diambil. Menggunakan peranti mercu yang menerusi kemas kini pantas, memasang dengan teknik root atau menggunakan iOS yang memberikan kemas kini sistem operasi dengan pantas.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.