Moto E7 Dilancarkan Dengan Cip MediaTek Helio G25 Dan Kamera Utama 48MP
Motorola juga dilihat begitu aktif dalam memberi lebih pilihan kepada pengguna. Kalau anda perasan, mereka baru sahaja memperkenalkan Moto G9 Power dan Moto G 5G, tempoh hari. Kini, mereka hadir dengan penawaran baru lagi menerusi Moto E7 pula.
Untuk spesifikasi, Moto e7 hadir dengan skrin berukuran 6.5-inci TFT LCD HD+ dengan paparan jenis bertakuk kecil. Seterusnya, ia menggunakan cip pemproses MediaTek Helio G25, memori 2GB RAM, storan dalaman 32GB dan bateri 4,000mAh dengan pengecasan 10W. Konfigurasi kamera pula terdiri dengan dwi-lensa utama utama 48-Megapixel + 2-Megapixel.
Sementara, kamera hadapan pula sebesar 5-Megapixel. Spesifikasi lain termasuklah sistem operasi Android 10, pengimbas cap jari fizikal, bicu audio 3.5mm dan butang Google Assistant khusus. Untuk harga jualan, peranti pintar ini ditawarkan pada €119.99, iaitu sekitar RM583.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment