Hi! Welcome Back and Stay Tune! Malaysia Dan China Menandatangani Perjanjian Kerjasama Menghasilkan Vaksin Covid-19 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Malaysia Dan China Menandatangani Perjanjian Kerjasama Menghasilkan Vaksin Covid-19


Dunia hanya akan kembali normal sekiranya wabak Covid-19 berjaya ditentang. Malaysia tidak terlepas dari impak wabak ini dan dengan telahpun memperuntukkan dana RM3 bilion untuk vaksin pada belanjawan 2021. Semalam Malaysia dan Republik Rakyat China menandatangani perjanjian kerjasama dalam pembangunan vaksin yang selamat dan berkesan.

Perjanjian ini bertujuan untuk menjalin kerjasama yang lebih baik antara kedua-dua negara dalam memerangi pandemik COVID-19. Perjanjian kerjasama ini telah ditandatangani oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, YB Khairy Jamaluddin dan rakan sejawatannya dari China, TYT Wang Zhigang dalam satu majlis yang dilakukan secara atas talian.

Perjanjian ini juga akan menyaksikan diplomasi sains yang lebih erat antara kedua-dua buah negara bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan vaksin menerusi entiti kerajaan mahupun swasta pada masa hadapan.

Di China empat calon vaksin Covid-19 sedang menjalani ujian fasa akhir bagi melihat keberkesanannya menantang virus tersebut. Calon vaksin CoronaVac yang dibangunkan Sinovac Biotech menunjukkan keputusan memberangsang dalam ujian fasa I dan II yang dilakukan di China, Brazil, Indonesia dan Turki.

Coronavac hanya perlu disimpan pada suhu 2-8 Celsius yang memudahkan ia disimpan sehingga tiga tahun. Ini berbeza dengan calon vaksin Pfizer yang memerlukan suhu -70 Celsius dan calon vaksin Moderna yang perlu disimpan pada suhu -20 celsius.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.