Hi! Welcome Back and Stay Tune! YouTube Menguji Siaran Iklan Berasaskan Audio Untuk Pendengar Muzik Dan Podcast - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

YouTube Menguji Siaran Iklan Berasaskan Audio Untuk Pendengar Muzik Dan Podcast


Harga yang perlu dibayar untuk perkhidmatan percuma ialah data peribadi yang dikumpul atau dalam kes YouTube, iklan yang tiba bertali arus. Sebagai laman video nombor satu dunia, YouTube juga kian popular sebagai pemain muzik serta podcast yang dimainkan tanpa pengguna melihat video yang dimainkan. Dengan perubahan tabiat pengguna, YouTube kini melancarkan pula iklan yang lebih mementingkan audio kepada pelanggan yang berminat.

Iklan yang lebih mementingkan audio ini masih lagi dalam ujian Beta. Dapat ujian yang telah dilakukan, 75% iklan ini berjaya meningkatkan pengenalan jenama di kalangan pendengar. YouTube kini menyarankan pelanggan yang ingin mengiklankan produk supaya memberikan tumpuan kepada audio supaya mesej yang ingin disampaikan adalah lebih jelas kepada pengguna yang tidak menumpukan perhatian kepada skrin.

Walaupun iklan ini mementingkan audio, ia tidak bermakna tiada video akan dipaparkan sekali seperti di Spotify misalnya. Ia hanyalah satu lagi jenis iklan yang boleh digunakan dan akan membuatkan anda semakin hampir untuk melanggan kepada YouTube Premium untuk bebas daripadanya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.