Google Camera 8.1 Mempunyai Fungsi “Low Storage Mode” Untuk Mengurangkan Saiz Gambar Dan Video
Google baru-baru ini agak licik. Fungsi kegemaran ramai, iaitu sandaran foto dan video tanpa had di Google Photos akan dihentikan dan kelak ia akan memakan kuota. Alternatif adalah dengan melanggan perkhidmatan storan awan lain atau langgan sahaja Google One.
Tetapi bagi yang tidak ingin melanggan mana-mana perkhidmatan storan awan ini, anda kini boleh sahaja simpan lebih banyak gambar dan video di dalam peranti. Lebih-lebih lagi peranti Pixel. Ini kerana, aplikasi Google Camera 8.1 membawakan fungsi Low storage mode. Ia adalah mod yang memampatkan saiz gambar dan video dan mungkin akan ada pengurangan kualiti untuk menijmatkan storan peranti. Dengan lebih banyak ruangan kosong, lebih banyak lagi boleh disimpan.
Mod ini adalah seakan mod High quality tanpa had, yang mana kualiti cuba disimpan dengan saiz yang dimampatkan. Dalam laman khidmat bantuan pelanggan Google, fungsi ini dikatakan khusus untuk Pixel 4a 5G dan Pixel 5 sahaja. Tetapi menurut sumber, Pixel 4XL juga ada mod ini jika aplikasi kamera dikemaskini.
Apakah pendapat anda? Langgan storan awan dan ambil gambar resolusi tinggi atau ambil gambar resolusi rendah simpan dalam peranti sahaja? Apa jadi dengan Google dan Pixel?
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment