Samsung Bakal Hadir Dengan “Private Share” – Sistem Perkongsian Fail Berasaskan Rantaian Blok
Samsung mempunyai sistem perkongsian fail mereka tersendiri seakan AirDrop dari Apple, iaitu Quick Share. Fungsi ini diperkenalkan dalam kemaskini One UI bersempena pelancaran Samsung Galaxy S20. Tetapi semasa pelancaran Galaxy Note20, mereka mempromosikan Nearby Share dari Google dengan fungsi yang sama. Agak pelik kenapa Samsung tidak menekankan penggunaan sistem mereka sendiri. Ia menimbulkan persoalan, yang apa akan berlaku dengan Quick Share.
Terkini, Samsung dilihat akan hadir dengan satu lagi sistem perkongsian fail baharu, Private Share. Kali ini ia akan menggunakan teknologi rantaian blok. Menurut SamMobile, Samsung ingin tawarkan pengguna pengalaman berkongsi fail yang lebih selamat dan pengguna itu sendiri mempunyai kawalan penuh. Fail yang dikongsi turut akan terpadam selepas tamat tempoh.
Fungsi Private Share ini akan menyerupai Quick Share sahaja. Kedua-dua peranti Samsung yang ingin hantar dan menerima fail perlu mempunyai aplikasi Private Share. Sejurus sambungan dilakukan, satu saluran khas akan tercipta untuk tujuan perkongsian fail. Fungsi ini dikatakan akan menjadi salah satu fokus baharu pada Galaxy S21 kelak.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment