Hi! Welcome Back and Stay Tune! Vaksin Covid-19 Oleh Moderna Didapati 94% Berkesan Dalam Ujian Klinikal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Vaksin Covid-19 Oleh Moderna Didapati 94% Berkesan Dalam Ujian Klinikal


Peluang untuk dunia kembali ke zaman pra-Covid-19 semakin terang semalam selepas Moderna mengumumkan keputusan kajian klinikal vaksin mereka mereka semalam. Dalam ujian yang melibatkan 30,000 peserta, vaksin yang diuji didapati 94.5% berkesan untuk mencegah penularan virus Covid-19.

Dari 30,000 peserta, hanya 5 daripadanya dijangkiti Covid-19 selepas menerima dua dos yang diberikan selang dua minggu. Sungguhpun tahap keberkesanan vaksin ini tinggi, data masih belum mencukupi untuk melihat berapa lamakah ia akan berkesan untuk mengelakkan jangkitan selepas beberapa bulan menerima suntikan. Kajian Real-time Assessment of Community Transmission (REACT) oleh Imperial College sebelum ini mendapati antibodi Covid-19 akan berkurangan dalam tubuh selepas beberapa bulan.

Moderna akan menghasilkan di antara 500 juta hingga 1 bilion dos vaksin mRNA-1273 mereka sepanjang 2021. Sebagai syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat, negara tersebut akan menjadi penerima awal 20 juta dos sebelum penghujung 2021.

Kelebihan vaksin Moderna berbanding yang dibangunkan oleh Pfizer sebelum ini ialah ia boleh disimpan di dalam peti sejuk biasa sehingga 30 hari atau sehingga enam bulan sekiranya disimpan pada suhu -20C. Ini memudahkan ia untuk dihantar ke destinasi yang memerlukan berbanding -70C yang diperlukan oleh vaksin Pfizer.

Terdapat beberapa lagi calon vaksin yang masih sedang diuji oleh syarikat farmaseutikal yang lain dan laporan kajian klinikal belum diterbitkan. Ketika pembentangan Belanjawan 2021 tempoh hari, kerajaan Malaysia telahpun menetapkan dana RM3 bilion untuk pembelian vaksin Covid-19.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.