Hi! Welcome Back and Stay Tune! (Ura-Ura) Fon Telinga Nirwayar Samsung Seterusnya Mungkin Dikenali Sebagai Buds Beyond - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(Ura-Ura) Fon Telinga Nirwayar Samsung Seterusnya Mungkin Dikenali Sebagai Buds Beyond


Di saat maklumat tertiris Samsung Galaxy S21 menjadi buah mulut ramai pihak. Kini, timbul pula khabar angin terkini mengatakan fon telinga Samsung yang seterusnya mungkin dikenali sebagai ‘Buds Beyond’. Laporan memetik sumber mendakwa nama ini telah ditemui menerusi laman European Union Intellectual Property Office (EUIPO), baru-baru ini.

Tapi sayangnya, tiada sebarang butiran lanjut mengenainya yang dikongsi buat masa ini. Bahkan, mungkin terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi berhubung spekulasi dalamannya. Namun, ia mungkin hadir dengan penambahbaikan lebih menarik termasuk sokongan pembatalan hingar aktif yang masih dikekalkan padanya. Bagaimanapun, maklumat ini masih di peringkat ura-ura dan belum disahkan sepenuhnya. Agak terlalu awal untuk merungkai mengenainya buat masa ini.

Sekadar selingan, fon telinga terkini Samsung Galaxy Buds Live telah sedia hadir di pasaran tempatan. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya pada harga RM699 seunit dan jangan lupa juga untuk baca ulasan penuh kami mengenainya di pautan ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.