Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi Fast LCD Monitor Dilancarkan – Paparan 24.5-Inci, 144Hz, VESA DisplayHDR 400 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi Fast LCD Monitor Dilancarkan – Paparan 24.5-Inci, 144Hz, VESA DisplayHDR 400


Xiaomi sejak kebelakangan ini turut aktif dalam menawarkan pelbagai variasi paparan untuk set komputer. Dari harha yang murah, variasi Redmi sehinggalah yang premium. Terkini, mereka hadir dengan sebuah paparan baharu yang boleh dikatakan murah, hadir dengan spesifikasi hebat, menyokong kadar segar semula tinggi – iaitu Xiaomi Fast LCD Monitor.

Saiz skrin adalah 24.5-inci, menggunakan kadar segar semula 144Hz, panel IPS, menyokong gamut warna DCI-P3 95%, menerima pengiktirafan skrin VESA DisplayHDR 400, resolusi 1080p dengan masa respon 2ms GTG serta menyokong Adaptive-Sync masa nyata. Rekaan skrin adalah jenis bezel nipis, menawarkan port sambungan HDMI 2.0 x2, DisplayPort 1.2 x1, port bicu audio 3.5mm dan port kuasa. Panel skrin dilihat turut boleh diputarkan untuk penggunaan berbeza.

Xiaomi dilihat memasarkan paparan ini untuk kegunaan permainan video dan juga untuk kerja-kerja suntingan. Harga jualan hanyalah RMB 999, iaitu sekitar RM621.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.