Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bekas timb menteri penerangan Railey Jeffrey meninggal dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bekas timb menteri penerangan Railey Jeffrey meninggal dunia


 

Bekas timbalan menteri penerangan Railey Jeffrey. (Gambar Facebook)

LAHAD DATU: Bekas timbalan menteri penerangan Railey Jeffrey, 75, meninggal dunia di kediamannya di Damansara Lagenda, Petaling Jaya, 5.30 petang, semalam.

Berita itu dikongsi kenalannya iaitu bekas pengerusi Persatuan Etnik Cocos Sabah (PECOS) cawangan Lahad Datu Ishak Harry, 74, yang dihubungi Bernama.

Ishak berkata, perkara itu diketahui melalui adik beliau, Kemley Jeffrey.

Difahamkan, jenazah Railey akan dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.

“Allahyarham merupakan rakan saya dari kecil kerana kami tinggal berjiran di Kampung Segama.

“Allahyarham, sesungguhnya seorang sahabat serta pemimpin yang baik hati dan jujur,” katanya dan kali terakhir bertemu tiga tahun lalu ketika persidangan UMNO di Lahad Datu.

Railey menjawat jawatan timbalan menteri penerangan pada 1986 hingga 1995 dan selepas itu memegang jawatan sebagai timbalan menteri kerja raya hingga 1999.

Pada tempoh itu, beliau merupakan Ahli Parlimen Silam daripada Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang kemudian menyertai UMNO pada 1991. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.