Hi! Welcome Back and Stay Tune! Di China Anda Kelak Boleh Didenda RM 60000 Kerana Menghasilkan Video Mukbang - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Di China Anda Kelak Boleh Didenda RM 60000 Kerana Menghasilkan Video Mukbang


Trend mukbang iaitu menghasilkan video makan dan minum dalam jumlah yang banyak dimulakan di Korea Selatan tetapi telahpun merebak ke seluruh dunia. Di Malaysia juga terdapat beberapa selebriti YouTube yang hanya menghasilkan video mukbang bagi menjana pendapatan. Di China, ia kelak mungkin akan diharamkan oleh pihak kerajaan.

Kerajaan China ingin menggubal undang-undang yang mengharamkan penghasilan video dan audio mukbang kerana dilihat sebagai menggalakkan pembaziran makanan serta minuman. Pada Ogos lalu Kempen Pinggan Bersih dilancarkan kerajaan China dan akibatnya video mukbang di platform media sosial seperti Douyin mula dikaburkan. Amaran mengatakan kegiatan ini membazir turut dipaparkan. Selebriti mukbang China mula memadam sendiri video yang telah dimuat naik.

Sekiranya undang-undang anti-mukbang ini diluluskan, mereka yang memuat naik video boleh didenda di antara RMB 10,000 – 100,000 (~RM 6212- 62,120). Pengharaman akan dikuatkuasakan di radio, stesen TV, platform video atas talian dan platform audio atas talian.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.