Facebook Pernah Mempertimbangkan Untuk Membantu Pesaing Membangunkan Laman Sosial
Facebook kini melalui siasatan oleh Jabatan Perdagangan Di Amerika Syarikat, mengatakan gergasi laman sosial berkenaan mungkin memonopoli pasaran dengan beberapa kaedah – termasuk membeli pesaing, membunuh pesaing, serta beberapa taktik lain.
Apa pun, Facebook sering kali menidakkan perkara ini. Malah, Instagram yang dibawah Facebook sebelum ini pernah dipetik mengatakan TikTok adalah salah satu pesaing yang besar bagi mereka.
Pada masa yang sama, dalam memastikan persaingan sihat berlaku, Facebook kini dilihat pernah melihat kepada beberapa kaedah dan mengubah bentuk operasi syarikat mereka.
Salah satu idea yang pernah diketengahkan adalah termasuk menawarkan firma atau pembangun lain kod sumber mereka – sekaligus memudahkan pihak lain membangunkan laman sosial mereka tersendiri dengan mudah.
Langkah ini mungkin akan membolehkan pesaing lain hadir serta menyaingi Facebook. Namun, dari segi perspektif lain, mungkin juga ia dilihat yang mana Facebook masih mengawal kod sumber pesaingnya, serta beberapa yang lain.
Apa pun, kini Facebook masih sedang melalui siasatan dan telah difailkan saman oleh sejumlah pihak – melihat untuk mengasingkan Instagram dan WhatsApp daripada Facebook.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment