Hi! Welcome Back and Stay Tune! Permintaan Lebih Tinggi Dari Pengeluaran – Laptop Dan PC Dijangka Tidak Akan Dipenuhi Sepenuhnya Sehingga 2022 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Permintaan Lebih Tinggi Dari Pengeluaran – Laptop Dan PC Dijangka Tidak Akan Dipenuhi Sepenuhnya Sehingga 2022


Pada tahun ini, ia menyaksikan ramai yang bekerja dan belajar dari rumah disebabkan oleh pandemik, sekaligus membawa kepada permintaan yang tinggi untuk desktop dan laptop.

Menurut Reuters, permintaan yang dilihat pada tahun ini adalah pada tahap yang tidak pernah dicapai sejak daripada populariti telefon pintar bermula pada tahun 2007 yang lepas. Mengikut beberapa penganalisa juga, pengeluaran komputer dijangka meningkat 15% pada tahun ini berbanding tahun 2019 yang lepas. Selain komputer riba, pasaran tablet juga memperlihatkan permintaan yang sangat tinggi pada 2020 ini.

Sebelum ini sendiri, kita telah melihat kesan daripada kekurangan PC dan komputer riba membawa kepada harga jualan yang sedikit lebih tinggi berbanding kebiasaan. Pengeluar komputer juga dilihat menghadapi masalah dalam mendapatkan komponen seperti pemprosesan, skrin dan sebagainya – sekaligus lebih meningkatkan harga jualan komputer riba.

Pada masa yang sama, pelbagai kerajaan diseluruh dunia turut telah memperuntukkan dana masing-masing dalam menaik-taraf sistem komputer di institusi pendidikan – yang memperlihatkan permintaan komputer riba akan terus dijangka meningkat, dan pengeluaran tidak dapat memenuhii permintaannya, sehingga 2022 kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.