Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jisim Barang Buatan Manusia Kini Melangkaui Jisim Barangan Semula Jadi Bumi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jisim Barang Buatan Manusia Kini Melangkaui Jisim Barangan Semula Jadi Bumi


Tahun 2020 ialah tahun yang amat ingin dilupakan kerana pandemik, kerosakan alam sekitar dan pencemaran yang tidak menunjukkan akan terhenti dalam masa terdekat. Menurut laporan yang diterbitkan Nature hujung minggu lalu, buat pertama kalinya dalam sejarah kewujudan manusia, jumlah barangan buatan manusia kini melangkaui jumlah barangan semula jadi bumi.

Objek anthropogenik ialah nama yang diberikan kepada barangan buatan manusia seperti bangunan, kenderaan, peranti dan banyak lagi. Kajian yang dilakukan oleh Weizmann Institute of Science di Israel menganggar kini terdapat 1.1 trilion tan barangan buatan manusia di bumi yang lebih banyak dari kesemua kehidupan biologi bumi. Sebahagian besar objek anthrpogenik dunia adalah dalam bentuk konkrit.

Antara fakta yang mengejutkan ialah pada tahun 1900, hanya 3% barangan di bumi adalah buatan manusia. Jumlah objek anthropogenik berganda setiap 20 tahun. Peningkatan mendadak dapat dilihat pasca Perang Dunia Kedua. Setiap minggu, berat objek anthropogenik yang dihasilkan adalah bersamaan dengan berat purata kesemua 7.7 bilion penduduk bumi.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.