Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kayuh Berseorangan, Penunggang Basikal Wanita Maut Dilenyek Lori Di Putrajaya - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kayuh Berseorangan, Penunggang Basikal Wanita Maut Dilenyek Lori Di Putrajaya


PUTRAJAYA, 19 Dis (Bernama) — Seorang wanita maut apabila basikal yang ditungganginya dirempuh sebuah lori dari arah belakang di atas jambatan berdekatan Kelab Tasik Putrajaya, Presint 8 di sini pada kira-kira 9.40 pagi.

Saksi kejadian, Mohd Shukri@Budiman Hassan, 43, berkata ketika kejadian itu berlaku, kenderaannya berada di belakang lori terbabit yang dibawa perlahan.

“Tiba-Tiba lori berkenaan terbabas dan naik di atas penghadang jalan dan saya nampak ada benda tergolek. Saya bunyikan hon berulang kali supaya lori berkenaan berhenti.

Bila saya turun, rupanya objek yang saya mulanya sangka terjatuh itu adalah basikal,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd Shukri berkata beliau kemudian mendekati mangsa serta memeriksa nadinya dan mendapati nadi wanita itu amat lemah sebelum menghubungi talian kecemasan.

“Ambulans tiba kira-kira 10 minit kemudian dan selepas menjalankan pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan wanita berkenaan sudah meninggal dunia,” katanya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya Superintenden S.Vijaya Rao ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.


Beliau berkata mayat mangsa yang berusia 34 tahun itu telah dihantar ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

“Kita telah menahan pemandu lori dan lori tersebut untuk siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah kesalahan trafik mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

— BERNAMA



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Sehinggit Media News

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.