Microsoft Dilaporkan Sedang Membangunkan Cip Tersendiri Untuk Komputer Surface
Microsoft mempunyai penawaran komputer untuk pengguna tersendiri, dibawah jenama Surface. Terbaru, menurut Bloomberg, pihak Microsoft sedang membangunkan cip pemprosesan mereka tersendiri berasaskan ARM untuk digunakan pada komputer Surface ini.
Ia diperkatakan Microsoft lebih menumpukan projek pembangunan cip ini untuk pusat data mereka, tetapi turut melihat kepada penggunaan rekaan sama untuk komputer keluaran dibawah jenama Surface.
Sekiranya berlaku peralihan, perkara ini semestinya memberikan impak terhadap pengeluar cip terkemuka, Intel.
Sebelum ini, Apple telah melakukan peralihan menggunakan cip pemprosesan mereka tersendiri melalui Apple M1. Beberapa model komputer telah mula menggunakannya, dan memandangkan ia berasaskan ARM, maka ia menawarkan tenaga bateri yang lebih lama, selain boleh beroperasi senyap tanpa kipas. Tidak mustahil juga kita melihat integrasi selular pada versi akan datang.
Mungkinkah sekiranya Microsoft turut beralih, maka pelbagai pengeluar komputer lain turut beralih dan memberikan impak besar terhadap Intel?
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment