Hi! Welcome Back and Stay Tune! KKMM : Pengguna Luar Bandar Turut Membayar Harga Langganan Sama, Perlu Menikmati Kualiti Internet Sama Seperti Di Bandar - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KKMM : Pengguna Luar Bandar Turut Membayar Harga Langganan Sama, Perlu Menikmati Kualiti Internet Sama Seperti Di Bandar


Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, kini mengatkaan mereka kekal komited dalam memastikan pengguna di luar bandar turut menikmati akses telekomunikasi dan kualiti perkhidmatan internet sama seperti yang dinikmati oleh pengguna di bandar.

Pada hari ini, ia sedia diperkatakan Malaysia mempunyai sambungan yang meliputi 95% kawasan berpenduduk di Malaysia – tetapi kualitinya adalah berbeza mengikut lokasi. Terdapat lokasi yang masih mempunyai masalah sambungan yang sering terputus, atau akses internet yang perlahan – terutamanya dikawasan berbukit.

Mengulas lanjut, ia turut disentuh yang mana pengguna di luar bandar turut membayar bil prabayar atau pascabayar pada nilai yang sama seperti pengguna di bandar. Ini sekaligus membuatkan tidak adil sekiranya pengguna luar bandar tidak menikmati kualiti sambungan yang sama seperti di bandar.

Selain masalah dari segi pencawanga, ia juga diperkatakan adakalanya masalah sambungan internet hadir disebabkan ketiadan elektrik – sekaligus menganggu rangkaian telekomunikasi.

Di samping kawasan luar bandar, kawasan sempadan negara juga turut akan diberikan perhatian untuk meningkatkan kualiti rangkaiannya.

KKMM mengatakan mereka sedang berbincang dengan syarikat telekomunikasi berkaitan ini, dan beberapa aduan yang lain.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.