Hi! Welcome Back and Stay Tune! Terpisah 20 tahun, Ali Jais dipertemukan semula dengan anak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Terpisah 20 tahun, Ali Jais dipertemukan semula dengan anak


 

Setelah 20 tahun terpisah, akhirnya seorang warga emas Ali Jais (tengah) yang berada di Singapura berjaya disatukan dengan anak kandungnya semalam. (Gambar Bernama)

JOHOR BAHRU: Tangisan kegembiraan menyelubungi pertemuan warga Malaysia di Singapura, Ali Jais yang terpisah sejak 20 tahun lepas apabila disatukan semula dengan anak-anaknya.

Ali, 84, yang tinggal di rumah jagaan warga emas ‘Bukit Batok Home For The Aged’ di Singapura, tiba kira-kira 10 pagi semalam di sebuah stesen minyak di bandar raya ini dengan menaiki sebuah ambulans dari republik itu selepas selesai menjalani ujian calitan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di sini, semalam.

Dia yang mengalami masalah lutut perlu dipapah sejurus turun dari ambulans, disambut dengan pelukan dan tangisan kegembiraan oleh dua daripada tiga anaknya, Hasliza, 41, dan Khazimah, 37, sebelum dibawa balik ke rumah anak sulungnya, Hasliza di Batu Caves, Selangor untuk menjalani kuarantin.

Menurut Hasliza, dia amat bersyukur dapat bersua muka kembali dengan bapa mereka yang telah lama terpisah, bagaimanapun detik bersejarah itu tidak dapat disaksikan seorang lagi adiknya, Haslina, 39, yang bertugas sebagai jururawat.

“Akhirnya kami disatukan kembali dengan abah dan 31 Dis ini adalah hari jadi abah. Jadi, kami merancang hendak mengadakan majlis doa selamat sempena pertemuan ini. Kami tidak sangka dapat jumpa abah secepat ini.

“Kami terlalu rindu, seluruh keluarga merinduinya. Syukur segala proses untuk membawa pulang abah berjalan lancar. Terima kasih kepada semua yang membantu,” katanya ketika ditemui Bernama hari ini.

Misi membawa pulang Ali mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak di Singapura dan Malaysia, proses itu turut dibantu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang Andrew Chen Kah Eng bagi proses dokumentasi dan sebagainya.

Sementara anak bongsu Ali, Khazimah berkata sambutan Aidilfitri tahun hadapan bakal menjadi sambutan paling bermakna dalam hidupnya kerana buat kali pertama menyambut bersama bapanya.

“…pertama kali dalam hidup, sebab saya tidak pernah dapat merasa sambutan bersama abah, tidak pernah dapat cium tangan dia, syukur alhamdulillah,” katanya.

Hasliza dan Khazimah, dalam masa sama berkata mereka tidak sabar untuk memasak lempeng kelapa bersama kuah kari dan asam pedas yang menjadi kegemaran bapa mereka, sebaik tiba di rumah.

Sementara itu, Chen berkata beliau berhubung dengan anak-anak Ali sejak awal bulan ini bagi menguruskan proses membawa pulang ke sini dan ia mendapat bantuan dan kerjasama pelbagai pihak termasuk Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura, Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura, Alpha Ambulance, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Pada 15 Nov lepas, Bernama melaporkan rayuan pencarian Ali oleh Khazimah dalam perkongsiannya menerusi laman Facebook Malaysia-Singapore Border Crossers dan bapanya itu berjaya ditemukan dalam tempoh kurang 24 jam selepas berita mengenainya dilaporkan.

Berasal dari Kuala Selangor, Ali kali terakhir ditemui anak-anaknya pada 2001, selepas berpisah dengan isterinya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.