Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerajaan disaran beli projek rumah swasta bantu penyewa nikmati kediaman sewa murah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerajaan disaran beli projek rumah swasta bantu penyewa nikmati kediaman sewa murah


 

Ketua Penyelaras Pusat Sumber untuk Memajukan Masyarakat dan Perumahan Iskandar Abdul Samad berkata, kerajaan perlu mengawal bilangan penghuni rumah sewa bagi mengelak premis berfungsi sebagai ‘asrama pekerja’.

PETALING JAYA: Kerajaan disaran memperbanyakan program rumah sewa seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR) bagi membantu rakyat, termasuk perantau ibu kota memiliki tempat tinggal selesa, bukannya tinggal dalam bilik bertaraf stor di bandar.

Ketua Penyelaras Pusat Sumber untuk Memajukan Masyarakat dan Perumahan (Reach), Iskandar Abdul Samad berkata, bagi memenuhi tuntutan itu dalam tempoh singkat, kerajaan boleh membeli rumah projek syarikat swasta untuk disewakan kepada rakyat secara bersubsidi.

“Mungkin terlalu mahal untuk membina PPR dan ia mengambil masa, justeru kerajaan boleh membeli rumah projek swasta untuk disewakan kepada rakyat dengan sewa subsidi,” katanya kepada FMT.

Beliau mengulas laporan FMT sebelum ini yang mendedahkan perantau ibu kota terpaksa memilih bilik sempit “bertaraf stor” kerana sewa rumah yang mahal di Kuala Lumpur dan Lembah Klang.

Menurut penyewa terbabit kebanyakan rumah di Kuala Lumpur sukar diperolehi bagi kadar sewaan kurang daripada RM1,200 sebulan, selain bayaran pendahuluan yang dikenakan pemilik terlalu mahal sehingga mencecah empat dan lima bulan.

Iskandar yang juga bekas Exco Perumahan kerajaan Selangor turut menggesa kerajaan agar menetapkan kadar sewa minimum untuk semua jenis kediaman mampu milik bagi melindungi penyewa dan membolehkan mereka mendapatkan kediaman yang selesa dan sempurna tanpa perlu berdepan dengan kadar caj yang tinggi.

“Sewa sudah tentu berbeza-beza menurut kawasan. Di kawasan bandar adalah lebih tinggi berbanding kawasan pinggir bandar.

“Untuk kediaman mampu milik seperti rumah kos rendah dan sederhana rendah, kerajaan perlu kawal dengan menetapkan nilai sewa maksimum,” katanya.

Iskandar turut menggesa kerajaan supaya mengawal bilangan penghuni rumah sewa bagi mengelak premis berfungsi sebagai “asrama pekerja” kerana dibimbangi mengundang pelbagai masalah sosial.

”Pemilik rumah tidak boleh menyewa kepada seramai mungkin orang. Ketika saya menjadi Exco Perumahan di Selangor, kerajaan negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) turun memeriksa flat kos rendah agar ia tidak dijadikan asrama pekerja.

Pemilik rumah akan didakwa jika rumah mereka dihuni melebihi had,” katanya dan ini juga bagi memastikan persekitatan perumahan selesa dan selamat.

“Jika rakyat tertekan akibat masalah kediaman, ia akan memberi kesan kepada masyarakat dan sudah tentu mereka tidak akan menjadi anggota masyarakat yang produktif dan efisien,” katanya. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.