Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih 1.4 Bilion Panggilan Suara Dan Video Dilakukan Melalui WhatsApp Pada Ambang Tahun Baru - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih 1.4 Bilion Panggilan Suara Dan Video Dilakukan Melalui WhatsApp Pada Ambang Tahun Baru


Tahun Baru 2021 menyaksikan sambutan yang berbeza berbanding kebiasaan. Jikalau sebelum ini terdapat kiraan ke tahun baru, selain perhimpunan dan sambutan, untuk 2021 ini ia berbeza disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan.

Disebabkan oleh itu, ia membuatkan orang ramai berhubung dan berkomunikasi secara atas-talian dalam menyambutnya dan menyampaikan ucapan.

Berkongsi mengenainya, Facebook mengatakan pada ambang tahun baru, WhatsApp menyaksikan lebih 1.4 bilion panggilan suara dan video dilakukan melalui platform berkenaan. Ini sekaligus mencatatkan angka panggilan tertinggi dalam sehari pada WhatsApp.

Jikalau dibandingkan, pada awal tahun 2020, angka berkenaan meningkat sebanyak 50%.

Bagi anda sendiri, bagaimanakah anda menyambut Tahun Baru 2021? Adakah anda turut melakukan panggilan melalui WhatsApp?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.