LG Akan Mempertontonkan Paparan OLED 4K Yang Boleh Berubah Antara Skrin Melengkung Ke Skrin Pipih
Menjelang awal tahun, salah satu acara yang dinantikan ramai adalah CES 2021. Untuk tahun ini, ia akan diadakan secara atas-talian, dan menyaksikan sejumlah syarikat menyertainya. Salah satunya adalah LG.
Melalui salah satu acara yang dijadualkan, LG memperlihatkan mereka akan berkongsi berkenaan skrin 48-inci 4K CSO (Cinematic Sound OLED), yang mana boleh berubah antara skrin melengkung, ke skrin pipih.
Ia diperkatakan paparan berkenaan boleh berubah bentuk antara skrin pipih atau rata ke skrin melengkung apabila satu butang khas ditekan.
LG pernah mempertontonkan teknologi seumpamanya sebelu ini, tetapi kali ini ia turut hadir dengan sokongan audio bersama skrin berkenaan.
Panel paparan ini diperkatakan akan ditujukan kepada peminat permainan, dan ditawarkan dalam kadar segar semula antara 40Hz ke 120Hz.
Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut berkaitan penawaran panel baru ini daripada LG tidak lama lagi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment