Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lei Jun: Xiaomi Sudah Merancang Untuk Membuang Pengecas Sejak 2015 Dan Bukannya Meniru Strategi Apple - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lei Jun: Xiaomi Sudah Merancang Untuk Membuang Pengecas Sejak 2015 Dan Bukannya Meniru Strategi Apple


Tahun lepas, semasa pelancaran iPhone 12 – Apple telah membuang pengecas dalam pakej belian kerana berhasrat untuk menyelamatkan alam sekitar. Pengecas walau bagaimanapun boleh dibeli secara berasingan dan pada bulan Disember semasa pelancaran Xiaomi Mi 11, Xiaomi turut membuang pengecas tetapi menawarkannya secara percuma kepada sesiapa yang memerlukannya.

Ramai katakan yang Xiaomi meniru strategi Apple. Tetapi menurut Lei Jun, strategi untuk membuang pengecas dari produk Xiaomi sudah dirancang sejak tahun 2015 lagi. Menurut beliau, semasa syarikat Xiaomi berpindah ke lokasi baru – berkotak-kotak pengecas di buang begitu sahaja dan secara tidak langsung idea membuang pengecas ini terlintas dalam fikiran beliau.

Lei Jun turut mengumpul undian di Weibo untuk bertanyakan pendapat kepada orang ramai. Kini selepas lima tahun, akhirnya Xiaomi lakukan apa yang mereka rancang. Tetapi kenapa 2019, 2018 atau tahun sebelumnya tidak dan hanya selepas Apple melakukan hal sedemikian baru mereka lakukannya pada Mi 11. Mungkin Xiaomi sudah lupa mengenai perkara ini dan selepas Apple melancarkan iPhone 12 barulah mereka teringat?



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.