Spesifikasi Kamera Samsung Galaxy S21, S21+ Dan S21 Ultra Tertiris
Tahun demi tahun spesifikasi telefon pintar yang akan dilancarkan pasti tertiris lebih awal. Ia membuatkan pengeluar tidak lagi boleh menghasilkan kejutan ketika pelancaran. Bagi pengguna pula ia adalah berita baik kerana boleh membandingkan peranti melakukan pembelian. Kali ini tiba giliran spesifikasi ketiga-tiga model Galaxy S21 tertiris menerusi @evleaks.
Samsung Galaxy S231 Ultra 5G akan dilengkapi sistem kuad kamera 108+12+10+10 MP yang menggabungkan lensa sudut lebar, ultra sudut lebar, telefoto 1 dan telefoto 2. Sistem pemfokusan laser pula akan memastikan proses memfokus dengan lebih pantas. Pada bahagian hadapan pula kamera swafoto 40MP digunakan.
Samsung Galaxy S21 5G dan S21+ 5G pula akan dilengkapi sistem tri kamera 12+12+64 MP yang menggabungkan lensa sudut lebar, ultra sudut lebar, dan telefoto. Tiada sistem pemfokusan laser digunakan pada model bukan Ultra. Pada bahagian hadapan pula kamera swafoto 10MP digunakan.
Evan Blass mempunyai rekod yang baik dengan maklumat yang ditiriskan sebelum ini maka maklumat ini sudah pastinya tepat dengan peranti yang akan dilancarkan 14 Januari hadapan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment