Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mangsa banjir Sabah turun mendadak kepada 94 orang malam tadi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mangsa banjir Sabah turun mendadak kepada 94 orang malam tadi


 

Hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka iaitu Dewan Mohd Dun Banir di Beaufort dan Dewan Kampung Song-Song, Kota Belud. (Gambar Bernama)

KOTA KINABALU: Mangsa banjir di Sabah turun mendadak kepada 94 orang daripada 22 keluarga setakat 9 malam tadi berbanding 352 orang daripada 99 keluarga pada 4 petang semalam berikutan bencana banjir yang semakin pulih di negeri itu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Banjir Sabah berkata hanya dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka iaitu Dewan Mohd Dun Banir di Beaufort dan Dewan Kampung Song-Song, Kota Belud.

“Dewan Mohd Dun Banir menempatkan 52 mangsa daripada 14 keluarga manakala 42 mangsa daripada lapan keluarga masih di Dewan Kampung Song-Song,” katanya.

Menurut kenyataan itu, tiga pusat pemindahan ditutup malam ini iaitu Dewan Pa’Musa di Beaufort, Dewan Sekolah Suang Punggor di Kota Belud dan Rumah Kebudayaan Kampung Kalang Banar di Tenom.

Cuaca malam tadi dilaporkan baik dengan hujan dan angin kencang hanya di beberapa tempat antaranya Sipitang dan Kuala Penyu. - FMT



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.