Mod Tetamu Kini Hadir Pada Paparan Dan Pembesar Suara Pintar Google Assistant
Seperti yang anda sedia maklum, penggunaan peranti berhubung Google Assistant seperti pembesar suara pintar atau paparan pintar – suara pengguna dirakam dan disimpan oleh Google. Ini adalah tujuan untuk mengecam suara pengguna, serta memahami lebih lanjut corak percakapan pengguna. Selain itu, akaun Google pengguna turut diselarikan dan segala emel, jadual, perancangan dan banyak lagi boleh dipaparkan jika diseru oleh sesiapa. Kadangkala, ia benar-benar mengecam suara pemilik akaun – kadangkala tidak. Ini sedikit bahaya kerana data peribadi boleh tertiris.
Terkini, Google memperkenalkan mod tetamu (Guest Mode) untuk peranti-peranti berhubung Google Assistant. Tidak kira Google Nest Hub atau Google Home Mini, mod tetamu kini boleh digunakan. Dengan mod ini, suara pengguna tidak akan disimpan dalam mana-mana akaun. Bukan itu sahaja, data peribadi juga tidak boleh diakses, kerana ia adalah mod tetamu. Tetapi penggunaan seperti bertanya Google soalan, kawal peranti berhubung lain, beri apa-apa arahan pada Google Assistant boleh dilakukan.
Hanya beri arahan “Hey Google, turn on guest mode”, mod tetamu akan aktif. Akan ada notifikasi dan bunyi diberikan apabila mod ini aktif. Jika tidak pasti, pengguna boleh bertanya pada Google “Hey Google, is guest mode on?” dan beri arahan suara juga untuk matikan mod ini.
Google memberikan contoh situasi resipi, tetapi saya juga ada contoh situasi di mana mod ini boleh digunakan. Misalnya, anda seorang pengguna telah merancang untuk bercuti bersama keluarga dan percutian ini adalah kejutan, anda pasti tidak mahu kalendar, butiran tiket dan sebagainya diedahkan. Jadi gunakan mod ini, agar orang lain tidak boleh tanya mengenai jadual dan sebagainya.
Fungsi ini diedarkan kepada peranti berhubung Google dan bahasa Inggeris terlebih dahulu. Peranti lain dan bahasa lain akan diedarkan dalam masa-masa akan datang.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment