Hi! Welcome Back and Stay Tune! Realme Watch S Pro Bakal Hadir Ke Pasaran Tempatan Pada 21 Januari 2021 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Realme Watch S Pro Bakal Hadir Ke Pasaran Tempatan Pada 21 Januari 2021


Realme sebelum ini telah mengesahkan bakal hadir dengan satu lagi penawaran jam tangan pintar untuk pengguna di Malaysia. Setelah beberapa hari berteka-teki di laman media sosial, Realme akhirnya mendedahkan sebenarnya mereka bakal membawa masuk Realme Watch S Pro.

Tarikh pelancaran rasminya juga turut dikongsi yang mana dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan iaitu 21 Januari 2021. Pelancaran ini akan diadakan secara atas talian menerusi laman Facebook rasmi Realme bermula jam 12 tengah hari. Seperti biasa, kekal dengan kami di Amanz bagi kemaskini selanjutnya – termasuk untuk penawaran harga rasmi.

Realme Watch S Pro sebelum ini telah dilancarkan di India dengan sokongan bateri lebih besar dan mempunyai tambahan mod berenang khusus. Untuk spesifikasi, Realme Watch S Pro dilengkapi skrin bersaiz 1.39-inci AMOLED (454 X 454), mempunyai perlindungan kalis air 50 meter, dilengkapi 15 mod sukan berbeza, sejumlah sensor terbina untuk pemantauan kesihatan dan bateri 420mAh.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.